Showing posts with label emo demo. Show all posts
Showing posts with label emo demo. Show all posts

Tuesday, 8 May 2012

its her day!! =)

Assalamualaikum.

waddup guysss?? okey or KO?? haha. owh never mind. i didnt care. (*jahat nye!! lantakk!! =D )

owh HAPPY 5th BIRHTDAY to my little princess (8th of may) Dhamira!! love love u sistah!!


may u have a good life, and always under the protection of Allah.
akak cant give u present this year due to "kemerosotan ekonomi",
soryyy!! sobs (u____u)
but i promise u, next year u will get the big big present okey!!  
but if my "kemerosotan ekonomi" tak berulang lahhh.
if yes, u have to ask ayah for ur present okey deary. hihi.. =P

ayah, mak, and kakak(me) will always love u forever and aftah!!
make our parents proud of u now and in the future,
i know u can be a better person than me. 
u are my one and only sista that i have and i hope u know that i love u very damn much!!
no one can ever replace u as my sista!! 

withlove,
ur kakak. =)



me, mak, n sista. =)



Tuesday, 20 March 2012

hardest part of me.

assalamualaikum.

what a beautiful day, langit cerah, tenang dengan kicauan burung.
tp dalam jiwa, hanya Allah yang tahu. kilat berdentum, guruh, tsunami pown ade.

now i had a big big conflict among my brain and my heart.
sakit, susah, sesak, semua ade. nak nanges pon ade ni ha.
tapi alhamdulillah, still kuat.

"Allah tak menurunkan ujian pada hambaNya yang tidak sesuai dengan kemampuan hambaNya"

ape2 pown yang terjadi pasti ade lah hikmah kan di balik kejadian tu.
kalau sesuatu ditakdirkan untuk kite, it will. no matter how hard the things will be.
moga kami redha dengan ape yang terjadi pd hubungan kami.
moga Allah kurniakan kami setinggi-tinggi kesabaran untuk menempuh ujian ini.

to him:
if we were create for each other, will be the way for us to get back together again someday.trust Him in what he plan for us. dont ever give up hope. i know u can get trough this. i know u have such a strong heart. dont forget to pray and wishing my parents heart will open for u someday.

"It's not easy to be strong when you're weak. But, It's not hard to lift up your hands in supplication to Allah & ask Allah to help you!"


anyway!! for the new follower. WELCOME!!!. thanks for following me. and sorry if im not like u expect me to be. =)

Friday, 20 January 2012

the one who get lost. =P

assalamualaikum..

fuhh!! gile lame tak update belog. nak dekat sebulan rase nye. rindu aku tak?? haha. tauu tak rindu. k fine. T__T

aku memberambuskan diri sekejap sebab bz dengan new semester. new subject but same lecturer. tapi yang best nye this sem i have class with my favorite lecturer for both subject im taking. eheh. so semangat dia pon meninggi lebih lah sikit. ^__^

and also im taking islamic study!! (ntah pape. yang tu pon nak cakap. eh!! suke ati aku lah blog aku. tak suke pi maen jauh2.) best lah jugak. boleh kenal student from other courses. engineering, A-level. tapi takde yang hensem ah. sedih. tak ley nak cuci mate a.k.a buat dosa. *gatai.

aku ni pemalu tau. dalam belog je pumpang pumpang. *tapi takde lah pumpang mane pon. so first two classes ni aku just main mate, senyum senyum, and cakap hi je kat budak yang duduk selang satu kerusi sebelah aku. bukan sombong. tapi maluu n segan. lau dye sorang aku pon sorang senang lah nak tego. tapi dia ade geng, aku yang lonely ranger. so i speechless. just cakap "u tau tak makne ihsan tu ape". seingat aku tu je lah dialog yang kelua ikot mulut aku. alahh ade one whole sem lagi nak tego kan. so take time lah. nnt mesra lah. hee.
cute!!


ade hikmah aku amek islamic study ni. even dalam course aku tak memerlukan subject ni. tapi bila aku masuk kelas ni aku tau banyak lagi yang pincang dalam solat aku rupanya. sebab tu lah susah betol nak khusyuk dalam solat. kene belajar banyak sangat lagi. Alhamdulillah Allah tunjuk kan jalan untuk aku sedar yang banyak sangat kepincangan dalam solat aku.

kita ni manusia kan. kadang kadang bende yang dah belajar tu kita tak amal kan. then lame2 lupe. macam bace ayat "Allahuakbarkabiro..." lepas angkat takbir mase rakaat pertame tu kan. aku rase aku pernah belajar dulu. sebab aku tak berape nak faham so aku tak buat. jadi lupe sampai lah ustazah tu bagi tau "lepas takbir tu kita pause sekejap then after niat bace ayat "Allahuakbarkabiro.." aku nak buat tapi tak ingat ayat tu. haihh. sedih betol lah.

pastu kan!! the thing yang sentuh jiwa aku bila aku tak ingat makna ayat surah Al-fatihah yang dari dulu aku bace n tak pernah rase pon nak mendalami maksud ayat tu.tau sikit2 tu ade lah. n ustazah tu cakap kalau kita mendalami ayat Al-fatihah tu, insyaAllah solat kita lebih khusyuk sebab kita tau ape yang kita bace. mase ustazah tu cakap kan. aku rase macam rugi nyeee aku hidup nak dekat 21 tahun tapi tak pernah nak mendalami surah penghulu Al-quran tu. sedih nyee dengan diri sendiri. apee punye hamba Allah lah aku ni.

then, lagi tersentuh bila ade budak dalam kelas tu bagitau makna Al-fatihah tu. sedih sangat sangat mase tu.*tapi takde lah sampai nanges. rase macam "ya Allah aku abaikan kau selame ni. aku tak cuba memahami ape yang kau sampai kan pada aku, maafkan aku ya Allah."


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 "dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang"

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam"

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
"maha pemurah lagi maha penyayang"

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
"yang menguasai hari pembalasan"

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
"hanya Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkau lah kami meminta pertolongan"

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
"tunjukilah kami jalan yang lurus"

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
"(yaitu) jalan orang2 yang Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimukai dan bukan pula jalan mereka yang sesat"




sementara kita sempat ni kan, cuba lah dalami agama kita yang indah ni. aku manusia biase, memang tak layak nak tego korang sebab aku sendiri pon buat banyak salah. tapi nature as human, mudah lupe. kene ade yang ingat kan. korang nak dengar Alhamdulillah, lau korang taknak dengar lantak korang lah. bagi aku sendiri, aku nak sangat ade orang ingat kan aku bila aku salah atau terpesong. but in proper way lah. jangan lah sindir2 macam nak cari gadoh, nak ajak gusti tu. sekurang nye takde lah aku lari jauh sangat. ni dah tersimpang, terbabas masuk longkang baruu nak sedar, bukan tak bagus. tapi kan lebih elok kalau kita sentiasa ade kat track yg betol. hidup tak rugi. bernyawa pon takde lah rase bersalah pade yang memberi nyawa. 


owh by the way: "kongsi pat choi pade kaum china yang menyambut, and happy holiday pade yang tak sambut"  

"HAVE FUN ALL"

Tuesday, 27 December 2011

2012 wish.

ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
jadikan lah aku hambaMu yang lebih patuh dan taat akan perintah mu.
jauh kan lah aku dari kemurkaan dan larangan Mu.
pimpin dan bimbing lah aku menuju jalanMu yang benar dan luhur.

ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
jadikan lah aku insan yang lebih mengenal erti syukur dan takwa.
moga diri ini sentiasa tahu yang Kau sentiasa ade disampingku tika senang atau susah.
moga diri ini ringan untuk mengabdi diri dan beribadah kepadaMu.
dan, ringan untuk mengikut sunah pesuruhMu.

ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
jadikan lah aku anak yang menyenangkan hati kedua ibu bapa ku.
ringankan lah hati ini untuk berbakti kepada mereka.
jadikan lah aku anak yang sentiasa membahagia, membangga, dan menyenangkan.
terima kasih kerana melahirkan aku diatas dunia ini sebagai anak mereka.
panjangkan lah umur mereka dan sinarilah hidup mereka dengan rahmat dan kasih sayangMu.

ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
kau permudahkan urusanku.
bantu dan bimbinglah aku dalam membuat keputusan dalam hidupku.
agar tiada sesal dan hilaf dalam keputusanku itu.
aku merancang. 
namun, sesungguh nya Kau lah Maha Perancang.
rancanganMu adalah yang terbaik. 
aku berserah.

ya Allah.
jodoh dan kematianku adalah rahsiaMu.

harapanku, temukan lah aku dengan jodoh yang baik.
yang mencintaiMu lebih dari dunia dan seisinya.
yang dapat membimbing aku menjadi hambaMu yang solehah.

namun jika kematian adalah jodoh ku.
matikan lah aku dalam iman dan islam.
hapus lah kesedihan dan airmata pade orang yang berada disisiku.
jadikan lah kematianku satu hikmah dan kebaikan pade mereka.
moga tiada yang meratapi. 
moga aku ditempatkan disyurgaMu.

ya Allah.
pada tahun yang akan aku tempuhi nanti.
kuatkan lah kasih sayang dan cinta didalam keluargaku.
kuatkan lah ukhwah dan kasih antara aku dan sahabat2 ku.
kuatkan lah iman dan cinta kami semua terhadapMu yang satu.
kuniakan lah hidayahMu kepada kami.

ya Allah.
sesungguhnya, aku adelah hambaMu yang lemah dan kerdil.
lindungilah diriku dari tipudaya dan permainan syaitan dan iblis.
Kau lah Maha Pelindung, dan Maha Berkuasa diatas segala nya.
ku mohon perlindungan dan kekuatan dari Mu.

amin. ya Rabbal A'lamin.

notakaki: moga melihat harapan aku untuk diri sendiri, aku takkan lupa yang aku hidup kat dunia ni ade tujuan. moga aku tahu ape objektif dan motif aku bernafas kat atas bumi Allah ni. moga aku takkan jadi manusia yang mudah lupa akan realiti.

Saturday, 17 December 2011

sleepy sunday.

assalamualaikum.

sesungguhnya tajuk tiada kene mengena dengan isi perut post yang tak berape nak buncit. so let it be. ^___^

its a blast sunday!! *bace dengan nada seeksited yang anda mampu*.

tang atas tu je lah eksited nye. sampai kat level ni. dah stuck macam nak meninggal dah.

tadi aku ade bace belog lord zara. tajuk nye agak menikam kalbu dan tekena atas batang hidung jugak lah. macam baru kene berak ngan burung je rase die. *macam penah je eh.* tinggal kan current bf for ex. its not as aesy as u can see ekceli. sakit nye Allah je lah yang tahu. aku tau as a someone that been leaved, its hurts. sebab aku pon pernah rase. but someone yang meninggal kan pon sakit jugak.


as for me, i dont think meninggalkan is an accurate word for it. sebab i am not cheating on him. i ask him. to give another chance to my ex. the last chance. and he know from the start tilll last of the story. tapi ape lagi perkataan yang paling sesuai dalam bahase melayu kan kalau bukan meninggal kan. my bad. i know. T___T

if i could. seboleh boleh nye aku taknak luke kan sesiape. but what should i do.? i have to make a choice right. and till now. aku masih cakap sorry if im talking to him. rase besalah tu takkan hilang kot sampai bile bile.


kalau nak cerita dari awal. tak elok mungkin. kang ade yang termuntah darah nak membace cerita bosan pasal hidup seorang suraya ni. lagi pon hint2 aje is enough already for u to know right. as a reader to my blog not a friend in my real life.

owh. for the last. i nak inform u all that my blog have some technical problem. i cant reply ur comment. i dont know why. maybe banyak lagi kot yang aku perlu belajar. so till the blog okey again. jangan segan2 tinggal kan comment. event if i am not reply. buat macam belog sendiri okey. ^___^


Thursday, 8 December 2011

stress, depressed.

assalamualaikum.

malas nak wat alu aluan, ucapan panjang panjang. sebab sekarang tersangat stress sampai study pon tak bape nak masok. da la final exam LAW isnin depan. ya Allah!! tolong lah tenang kan hati hambu Mu ni...

cite nye sume berpunca dari pasal yang aku cari sendiri. aku luke kan someone just because aku nak bagi peluang kat hubungan lame. yes, im do it all because of my heart said so. mase nak amik keputusan ni. dah agak dah. mesti rase besalah akan menghantui aku. aku tau akan luke kan die. orang yang terlalu baik untuk aku luke kan. tapi sampai bile aku nak tipu diri yang aku dah lupe kan yang lepas.? makin lame kami besame, mungkin akan semakin luke kan die.


tapi dalam rase besalah tu jugak ade rase takut yang aku da buat keputusan yang salah. aku takut akan terluke lagi one day. tapi mase aku amik keputusan ni. bagi aku ni last chance for us. so if he dont need me anymore, dan kalau hati aku terluke lagi. takpe lah. its the last. lepas ni, aku akan betol betol lupe kan die. that is my promise to my self. korang saksi nye okey.

to someone yang dah diluke kan, maaf kan saye. da buat awk terluke, menangis, kecewa kan awk. maaf sangat. its not u not perfect enough for me. but my heart cant give the love for u. im care about u. if i could. i wouldnt  make u sad. im sorry. for all ive done. sorry.


thanks for all the love, care, happiness that u bring to my life. thanks. u are such a nice guy. i know u will make it without me. sorry for just being a little while with u. im trying to give all my heart for u. but i cant. sorry again.

but im always here for being your friends, anytime if u need me. trust me.



disclosure: ni memang entry personal and emosional. so kalau korang nak muntah or muak bace. korang ley tekan x kat atas browser tu. aku memang tengah emo skit sekarang. so kalau aku nye entry lepas ni ade emo-demo skit. harap faham lah okey. thanks for memahami. appreciate it. ^__^

Monday, 5 December 2011

this deep in my heart.

deep in my heart.

i had a dream to have a perfect lover, that have everything, and can give me everything i want. but its happen when i was little. when i dont even know what loves is, what its all about.



but now. i am still have a dream love story, a dream to have not a perfect love. but almost perfect n just perfect for two of us. perfect in our eyes. its okay not perfect for others, but in our worlds of love. its just two of us living there happy being with each other.




i want he love me as me. not a girl that he create in his mind and a girl that he want me to be. 
i just want him to always be with me. to share my happiness and sober that happen in my life.
that not shy to show his love to me. and knows how to express his feeling towards me.
that not dare to hurts me and cant bare looking my eyes filled with tears.




me might be have fallen in love. but always with a wrong one. always with someone who dont even know to keep that love properly. till im scared. not to love. but scared to trust in love. its hurts instead. when someone says they will never hurt us. but it happen over and over again. sometimes its funny to hear that tough.

yes, when we bring all the history back to the new relationship. its may hurt the feeling of the new him.
but what if it happen all over again?? what if the new one make the old scares bleed again??



sorry lah ter-emo lak memalam neh. ni lah name nye meroyan merindu. habis omputeh aku hentam kromo. ntah betol ke idak aku pon tak tau. muahaha.


hesh ape jadah nye aku tulis entry sambil dengar lagu ziana zain kat suria cinta neh. sadis sadis. nak nanges pulok. sebelom banjir bilik aku baik aku pegi tido cepat cepat. kbai.





Thursday, 3 November 2011

my dairy -1-

assalamualaikum.

just nak luah kan ape yang dirase je. 2,3 hari ni rase ade yang tak kena dihati. rase rindu pade seseorang yang dah tak rindu kan aku. sebelum ni ade kawan tempat luah perasaan. tapi sekarang da transform jadi lebih dari kawan. tak sampai hati pulak nak cakap yang aku masih merindu kan orang yang sebelum nye. jahat kan.
aku taknak cakap sebab tak nak luke kan dia. tapi seriously i feel such loss with that transform thingy. aku rase hilang kawan yang selalu ade untuk aku bile aku rase resah. but i think he will be more sad if he read this post.

sorry sebab still tak dapat nak lupekan die. i just thought that i can forget him as faster as i can. but im wrong. its hard. its a big pain in my heart. i know u will understand this. will u?? u still my friend that always with me right??

sorry again about not telling u while we talking to the phone. coz its hard for me. im not dare to tell the truth to u. im sorry.  im sorry. im sorry.

Tuesday, 25 October 2011

unstable emotion.

assalamualaikum..

hai all the baby booo. euww~

korang pernah terfikir tak yang korang ni sebenanye ade mental illness or psycho?? kadang kadang korang akan senyum sorang sorang teringat something yang TAK memerlukan korang senyum, ketawe, atau mengilai macam pontianak.. sangat kontra kan?? but to tell the truth.. i pernah jadi macam tu.. bila teringat kebodohan yang pernah i lakukan pade mase lepas.. sebab sesalan tuh i senyum.. and saying " betape bodoh nye aku waktu tu dot dot dot"

banyak gile kowt bende yang i buat menggunakan kebodohan i, sampai tak terhitung. yaaa.. kita semua pernah jadi bodoh. kalau tak buat ape kite pergi sekolah, belajar sebelum buat sesuatu, pergi college untuk tambah ilmu kat kepale, pergi 6 jam kursus yang "sangat digemari ramai" semate mate untuk dapat license L. tu semua sebab nak pulih kan kebodohan kite.. and bukti kan kite ade otak untuk digunakan.. kan?

tapi kenape yek kebodahan pade manusia tuh still ade walau pon kita da buat pelbagai care untuk membuktikan yang kite ni cerdik/genius/pandai?? answer i satu jer. sebab manusia tu tak sempurna.
kesilapan tu slalu kite buat, da jadi daging lam hidup kite. tapi ia boleh dielak kan dengan berfikir sebelum buat sesuatu kecuali bunuh ex yang da sakit kan hati korang.. itu i rase tak payah nak fikir lagi.. buat jer.. then buang lam sungai bagi makan kat buaye.. buaye kenyang, hati korang pon senang. JOKE =P

okay back to topic. korang rase i ni stabel tak? agak gak nye patut pegi jumpe psikatris tak?? ke memang normal lau act macam tu sekali sekale?? lau nak tau i pernah jugak terfikir nak bunuh diri.. serius. tapi bile bende teruk happen in my life la.. macam exam fail tuh.. kadang kadang ade jugak rase macam nak try.. mesti korang cakap biase la tuuu. or korang mesti cakap takde iman budak ni. i bukan takde iman. tapi iman kurang/cetek. perlu ditambah lagi. masih boleh berfikir ape kesan buruk bunuh diri and still rational about neraka and balasan allah.

korang pernah tak tengah lepak lepak dengan kawan kawan nih. pastu ade mamat/minah lalu depan korang.. takde ape cacat pon kat dorang tuh.. but korang terbayang something jatuh dari siling then terkena kepale dorang, kepale putus, darah terpercik sane sini, pastu darah tu mengalir kat semue tempat.. then college korang jadi hounted college. cool~~ ley tengok hantu gitu.. nanti gost hunter cari college korang. famous tooo college korang nanti.. ngehehe.. joke!!taknak jumpe, takut..=P tapi yang bab bayang kan tuh i slalu buat. best la berimaginasi bende bende teruk gituh. nanti teringat bile nak tido, then mule ar mimpi antoo. hehe. takde lah. tipu.

mesti sekarang korang da decide i ni memang gile kan?? haha. takpe. nanti i datang lam mimpi u all.. ngeh ngeh. sebenarnye i buat semue tuh saje. suke suke. kadang kadang nak hibur kan hati yang bosan. or nak buat buat lupe sakit dikecewakan. or saje~ as a hobby..(^_^)

sampai situ je la kowt kegilaan i. kang nanti tulis panjang panjang u all hanta i kat tanjong rambotan. tak fefasal i kene deal ngan orang gile kat sane lak nanti. thanks sudi bace this post.. (@_@)
with love
~sue~