ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
jadikan lah aku hambaMu yang lebih patuh dan taat akan perintah mu.
jauh kan lah aku dari kemurkaan dan larangan Mu.
pimpin dan bimbing lah aku menuju jalanMu yang benar dan luhur.
ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
jadikan lah aku insan yang lebih mengenal erti syukur dan takwa.
moga diri ini sentiasa tahu yang Kau sentiasa ade disampingku tika senang atau susah.
moga diri ini ringan untuk mengabdi diri dan beribadah kepadaMu.
dan, ringan untuk mengikut sunah pesuruhMu.
ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
jadikan lah aku anak yang menyenangkan hati kedua ibu bapa ku.
ringankan lah hati ini untuk berbakti kepada mereka.
jadikan lah aku anak yang sentiasa membahagia, membangga, dan menyenangkan.
terima kasih kerana melahirkan aku diatas dunia ini sebagai anak mereka.
panjangkan lah umur mereka dan sinarilah hidup mereka dengan rahmat dan kasih sayangMu.
ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
kau permudahkan urusanku.
bantu dan bimbinglah aku dalam membuat keputusan dalam hidupku.
agar tiada sesal dan hilaf dalam keputusanku itu.
aku merancang.
namun, sesungguh nya Kau lah Maha Perancang.
rancanganMu adalah yang terbaik.
aku berserah.
ya Allah.
jodoh dan kematianku adalah rahsiaMu.
harapanku, temukan lah aku dengan jodoh yang baik.
yang mencintaiMu lebih dari dunia dan seisinya.
yang dapat membimbing aku menjadi hambaMu yang solehah.
namun jika kematian adalah jodoh ku.
matikan lah aku dalam iman dan islam.
hapus lah kesedihan dan airmata pade orang yang berada disisiku.
jadikan lah kematianku satu hikmah dan kebaikan pade mereka.
moga tiada yang meratapi.
moga aku ditempatkan disyurgaMu.
ya Allah.
pada tahun yang akan aku tempuhi nanti.
kuatkan lah kasih sayang dan cinta didalam keluargaku.
kuatkan lah ukhwah dan kasih antara aku dan sahabat2 ku.
kuatkan lah iman dan cinta kami semua terhadapMu yang satu.
kuniakan lah hidayahMu kepada kami.
ya Allah.
sesungguhnya, aku adelah hambaMu yang lemah dan kerdil.
lindungilah diriku dari tipudaya dan permainan syaitan dan iblis.
Kau lah Maha Pelindung, dan Maha Berkuasa diatas segala nya.
ku mohon perlindungan dan kekuatan dari Mu.
amin. ya Rabbal A'lamin.
notakaki: moga melihat harapan aku untuk diri sendiri, aku takkan lupa yang aku hidup kat dunia ni ade tujuan. moga aku tahu ape objektif dan motif aku bernafas kat atas bumi Allah ni. moga aku takkan jadi manusia yang mudah lupa akan realiti.
Semoga Allah perkenankan. InsyaAllah :)
ReplyDeleteaminn. thanks yerk. ^__^
ReplyDelete