Friday 30 December 2011

selamat tinggal, selamat datang.

assalamualaikum.

harini first day kelua setelah seminggu dikurung dirumah. tapi aku pening pening lalat jap. sebab arini bangun pagi kan. selalunye, semenjak seminggu yang lalu*cam ayat buku jek*, matahari meninggi nak dekat tengahari baru bangun. lau tak tengah hari tak bangun bangun. so sekarang jam tepat pukol 9. dah ade jam loceng semula jadi dah. tapi bunyi dye bukan "krinkkkk", bunyi dye "kakak!!!! bangun!!! dah pukol 12 ni!!" haaa. tu lah mak aku. suke memutar belitkan jam sebenar. semate2 nak suroh aku bangun. tapi 3 kali mak jerit baru aku bangun. hehe. kan kalau biar mak panggil kite lebih dari 3 kali tu berdosa. so aku bangun lah. dah banyak dosa, takmo lah tambah dosa ngan mak pulak kan. ^___^


pagi tadi bangun, mandi, solat dhuha jap, then siap siap pegi bank and bayar fee untuk next sem. so macam biase setiap sem aku kena buat bank draft sebab kene bayar ke UK. sebab ACCA origin from UK kan. so macam biase kakak kat bank tu akan tanye. "adik nak pegi oversea ke??" aku "taklah akak" sambil senyum. akak bank "owh.blaja kat malaysia dulu ek?" aku ni pesen menggelabah sikit kalau isi borang. takut lah ade salah kan. yang akak ni pulak buat borak ngan aku. so aku iyer kan je lah pertanyaan dye tu sbb nak elak dari ade soklan susulan. tapi sebenanye bukan aku kesah sangat nak borak ni. tapi agak terase pulak rase nye bile aku yang blaja kat malaysia ni orang cakap nak pi blaja obersea. kite tak pandai lah akak. cane nak pi obersea. wuwuwuw.T___T

tapi kalau masin mulut akak akak bank ni. mane lah tau one fine day aku futher kat sane pulok kan. bagos jugok tu. aminnnn. ^___^

eh!!! korang sedar ke tak sedar ni??? lau tak sedar meh nak bagi penampo meh. esok last day for 2011 wehh!! so lets say tata, bubbuy, and sayonara kat 2011.

banyak kenangan manis yang berlaku dalam 2011 ni. antare nya, blog ni lah. this is the first year for this blog. moga tahun tahun akan datang blog ni and korang, readers semua still ade untuk aku luah rase n bace tulisan aku. thanks sebab sudi follow, and pade yang sudi bace weather u are silent reader or hyper reader. i love u lebeyh lebeyh lah.

and LETS SAY HAIHAI, HOLAAA, ARIGATO FOR 2012.!!


jom cipta kenangan manis untuk 2012, buat sesuatu yang menggembirakan, target sesuatu yang higher and can motivates our self, and paling penting lebih bangga untuk jadi diri kite sendiri. Allah lahirkan manusia/makhluk Nya ke muka bumi, lengkap dengan pelindung, dan perisai masing masing. kalau binatang Allah beri dia satu keistimewaan yang dapat lindung diri dia. kalau bunga pon same. contohnya, bunga ros, cantik, tapi berduri. duri tu tujuan nye nak melindungi dari tangan tangan nakal yang tak suke bunga tu hidup cantik kat tangkai dia.

macamtu jugak manusia. ade istimewa nya, kecantikan nya, keberanian nya. jangan pandang hina pada ciptaan Allah. terutama pade diri sendiri. Allah tu maha Adil pade hamba nya. dia takkan jadi kan ape saje atas muka bumi ni tanpe tujuan dan haluan. orang kurang upaya yang takde tangan, takde kaki kat dunia ni pon Allah cipta dia dengan tujuan. ni kan pulak kita yang lengkap segala. cuma mungkin kita perlu usaha lebih sikit untuk sedar kedatangan kite kat dunia or just its not a time yet for u to know. lets just walk slowly. and we will see our destiny. insyaAllah.

musuh paling ketat adelah diri sendiri. let fight our bad side. to wins the beautifulness of our self.

lets start this 2012 with "bismillahirrahmanirrahim".


owh sebelom terlupa.

"HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED BESTFRIEND"
nor athirah @ nor ee.
sori ter-wish awal pulak semalam. aku doakan kau bahagia dunia dan akhirat. moga berjaya dalam segala bidang yang kau ceburi. moga dapat jodoh yang baik dan soleh. moga kau selalu dilindungi oleh Allah. aku selalu ade kat sini untuk kau. if u found something hard to face it by ur own. and u need a friend. i will always be here for u. u are the best thing that ever happen to me. yang aku takkan lupa sampai akhir hayat. insyaAllah. i love u.

owh and again. selamat menginjak ke umor 20-an. alaaa. next year ko tak ley mengundi jugak lah kan. aku tua sengsorang lah ni. wuwuwu. T___T






Thursday 29 December 2011

selamat pulang ibubapaku.

assalamualaikum.

tulis padam tulis padam. eksited and happy terlampau mak ngan ayah nk balik. wehuuu.!!!

bila mak ayah balik ni:

ayah akan kejutkan subuh setiap pagi. takyah kunci jam.
mak akan jerit "kakak!! bangun!!". takde lah bangun nak dekat tengah hari lagi.
mak dah sedia sarapan bila bangun. so pagi2 tak payah puase lagi.*ni terok. aku tau*.
ade adik nak gurau gurau. takde lah rumah ni sunyi cam takde penghuni.
hari hari ley makan nasi lauk sedap sedap yang mak masak. takyah delivery lagi. jimaatt duit den.

yang penting!! takde lah aku ngadap menu yang ade nuget lagi. tadi pon aku goreng nasi letak nuget. apejadah nye. huiiih muak doe. muak!!. serius sebulan lagi baru aku sentuh nuget balik. hehh.

okey tu je lah yang aku nak bagi tau korang. jangan sentap ek. haha. ^___^

dah dah. jangan sentap2. meh peluk skit meh. pempuan je okey. laki HAROM!!
owh owh. tambahan. cite tentang Dhia tadi kan. aku serius tak puas hati ngan ending dye. kan bagus lau Ku Salmi tu kene panah petir ke hape ke. sebab amal bende2 syirik ngn jahat sangat jadi mak mertua. huhhh!! geram neh. geram. ^__^

Tuesday 27 December 2011

2012 wish.

ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
jadikan lah aku hambaMu yang lebih patuh dan taat akan perintah mu.
jauh kan lah aku dari kemurkaan dan larangan Mu.
pimpin dan bimbing lah aku menuju jalanMu yang benar dan luhur.

ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
jadikan lah aku insan yang lebih mengenal erti syukur dan takwa.
moga diri ini sentiasa tahu yang Kau sentiasa ade disampingku tika senang atau susah.
moga diri ini ringan untuk mengabdi diri dan beribadah kepadaMu.
dan, ringan untuk mengikut sunah pesuruhMu.

ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
jadikan lah aku anak yang menyenangkan hati kedua ibu bapa ku.
ringankan lah hati ini untuk berbakti kepada mereka.
jadikan lah aku anak yang sentiasa membahagia, membangga, dan menyenangkan.
terima kasih kerana melahirkan aku diatas dunia ini sebagai anak mereka.
panjangkan lah umur mereka dan sinarilah hidup mereka dengan rahmat dan kasih sayangMu.

ya Allah.
pade tahun yang akan aku tempuhi nanti.
kau permudahkan urusanku.
bantu dan bimbinglah aku dalam membuat keputusan dalam hidupku.
agar tiada sesal dan hilaf dalam keputusanku itu.
aku merancang. 
namun, sesungguh nya Kau lah Maha Perancang.
rancanganMu adalah yang terbaik. 
aku berserah.

ya Allah.
jodoh dan kematianku adalah rahsiaMu.

harapanku, temukan lah aku dengan jodoh yang baik.
yang mencintaiMu lebih dari dunia dan seisinya.
yang dapat membimbing aku menjadi hambaMu yang solehah.

namun jika kematian adalah jodoh ku.
matikan lah aku dalam iman dan islam.
hapus lah kesedihan dan airmata pade orang yang berada disisiku.
jadikan lah kematianku satu hikmah dan kebaikan pade mereka.
moga tiada yang meratapi. 
moga aku ditempatkan disyurgaMu.

ya Allah.
pada tahun yang akan aku tempuhi nanti.
kuatkan lah kasih sayang dan cinta didalam keluargaku.
kuatkan lah ukhwah dan kasih antara aku dan sahabat2 ku.
kuatkan lah iman dan cinta kami semua terhadapMu yang satu.
kuniakan lah hidayahMu kepada kami.

ya Allah.
sesungguhnya, aku adelah hambaMu yang lemah dan kerdil.
lindungilah diriku dari tipudaya dan permainan syaitan dan iblis.
Kau lah Maha Pelindung, dan Maha Berkuasa diatas segala nya.
ku mohon perlindungan dan kekuatan dari Mu.

amin. ya Rabbal A'lamin.

notakaki: moga melihat harapan aku untuk diri sendiri, aku takkan lupa yang aku hidup kat dunia ni ade tujuan. moga aku tahu ape objektif dan motif aku bernafas kat atas bumi Allah ni. moga aku takkan jadi manusia yang mudah lupa akan realiti.

Monday 26 December 2011

home alone.

assalamualaikum.

this week full of bahagia, tawa, loneliness, and kerinduan melampau.

hari khamis hari tu my parents and also my sister where gone back to terengganu coz my dad have some stuff to do there. tinggal lah anak nye yang beso gedabak ni sengsorang kat rumah. at first memang decide taknak ikot. then fikir kan pasal foods, and some other things yang i will get when balik terengganu. then i decide to follow them. but last minutes my moods tetibe takde. *apeke hal lah kau ni mood. macam keling ko neh tau tak?? then i decide to just stay at homes alone.

kadang kan orang rabun cam aku neh ley nampak pempuan ni semacam tau lau tak pakai spek or konteklense. payoh payoh.

sedak tu memang lah sedak ddk kat rumoh sorang neh. tapi ya Allah. imaginasi nih kuat bebeno lah. asyik terbayang aje muke bende2 tu *korang paham2 sendiri la ek. ak malas nak nyebut nye. ade pulak tukang usik setia. lau tak usik orang tak sah. lagi tambah lah takot nye. nasib baik sayang. kalau tak lame dah kene tendang sampai ke longkang. ^___^


then malam kedua ddk kat rmh. tengah2 online tengok ade gosip pasal fasha sandha. tekan lah link. ingat ke link ke blog gosip gittuw. tanjat boboi tau. jadah nye kuo antu kat skrin. dah lah sengsorang kat rumah. hape lagi reaksi automatik lah. teros bangun dari kerusi ngan earphone ntah kemane, phone pulak tercampak kemane. bukak pintu. baru je nak lari turon bawah baru teringat aku sorang je kat rumah. terbantut niat akak u. teros telepon pakcik yang tengah syeok tengok bola ngan kawan2. arhh. tak kire ganggu tak ganggu dah. tengah ketakutan neh. "batter awk tenang kan sy. lau tak". dengan blur nye dye menurut je lah.

rase mcm nak makan cake jee. tapi takde kereta. camne nak pi serbu. T___T

but tonight Allah je lah maha tahu betape rindu nye kat budak bernama dhamira safiyya. call mak tadi dye tido pulak. hmm. redha je lah. kene lah tunggu budak kecik tu bangun dulu. baru boleh cakap. rindu nye. rindu nye.

"adik!!! kakak rindu!!" T___T

Sunday 18 December 2011

permulaan era kedewasaan.

assalamualaikum.

eshh tajuk da macam tajuk buku klasik zaman perang jepun da. haha.

baru lepas makan lunch ngan family. lauk sambal belacan. signiture dish mak aku. sambal belacan pling spesel. dengan ikan singgam ( aku sebut: singgang). lau tak tau. google lah. tu pon lau jumpe. =____=

aku lunch lewat sikit arini. aku turun tadi pon mak ngan ayh dah siap makan dah. tadi bizi buat resume nak apply keje. eksited first time nak apply keje. laguu ni lah jakun dye. ^__^

aku nak apply keje cikgu sambilan. tapi sebenarnye aku rase macam dalam mimpi lagi neh. sebab hayat hidup aku belaja dulu. kerja paling aku taknak buat adelah menjadi tenage pengajar. sebab ape?? sebab aku tak suke dealing ngan budak budak yang berperangai macam aku mase sekolah dulu. banyak songeh. harap2 budak yang aku ajar nanti tak banyak songeh lah.


and aku ingat lagi aku pernah cakap " aku takkan jadi cikgu walau ape pon berlaku".

haaa kau amik nak. bende yang kau taknak tu lah yang kau nak apply arini tau. cakap besau sangat. padan lah muke tuh. T___T

tapi ekceli tak teruk pon jadi cikgu neh. ley jumpe student2 yang cute miut. bagi ilmu kat orang. takde lah perap sengsorang jadi pekasam kat lam otak aku neh. communication skill aku pon ley improve. dah asyik cakap omputeh ngan budak2 tuh. insyaAllah. i will try my best. harap Allah berkati lah niat aku neh.


tapi yang aku takut sekarang nih. kang aku ajar budak budak tu tak paham acane?? kang dowg jadi makin dajjal ke cane?? tak ke naye aku di salah kan nanti. wuwuwuw. T____T

takpe lah. ape ape pon. belom cube belom tahu kan. i hope the best for me. dan doa kalian semua semoga aku ley jadi cikgu yang baik. doakan tau!! aminnn. ^___^

Saturday 17 December 2011

sleepy sunday.

assalamualaikum.

sesungguhnya tajuk tiada kene mengena dengan isi perut post yang tak berape nak buncit. so let it be. ^___^

its a blast sunday!! *bace dengan nada seeksited yang anda mampu*.

tang atas tu je lah eksited nye. sampai kat level ni. dah stuck macam nak meninggal dah.

tadi aku ade bace belog lord zara. tajuk nye agak menikam kalbu dan tekena atas batang hidung jugak lah. macam baru kene berak ngan burung je rase die. *macam penah je eh.* tinggal kan current bf for ex. its not as aesy as u can see ekceli. sakit nye Allah je lah yang tahu. aku tau as a someone that been leaved, its hurts. sebab aku pon pernah rase. but someone yang meninggal kan pon sakit jugak.


as for me, i dont think meninggalkan is an accurate word for it. sebab i am not cheating on him. i ask him. to give another chance to my ex. the last chance. and he know from the start tilll last of the story. tapi ape lagi perkataan yang paling sesuai dalam bahase melayu kan kalau bukan meninggal kan. my bad. i know. T___T

if i could. seboleh boleh nye aku taknak luke kan sesiape. but what should i do.? i have to make a choice right. and till now. aku masih cakap sorry if im talking to him. rase besalah tu takkan hilang kot sampai bile bile.


kalau nak cerita dari awal. tak elok mungkin. kang ade yang termuntah darah nak membace cerita bosan pasal hidup seorang suraya ni. lagi pon hint2 aje is enough already for u to know right. as a reader to my blog not a friend in my real life.

owh. for the last. i nak inform u all that my blog have some technical problem. i cant reply ur comment. i dont know why. maybe banyak lagi kot yang aku perlu belajar. so till the blog okey again. jangan segan2 tinggal kan comment. event if i am not reply. buat macam belog sendiri okey. ^___^


spontaneousness 1

assalamualaikum..

nampak tajuk atas tu?? dah 2,3 hari aku pikay ape lah aku nak tulis kat belog neh. ngan tajuk nye. ngan isi perut nye. tulis padam. tulis padam. lau bab reka tajuk. memang aku paling loser. so lepas ni lau takde idea. aku letak tajuk atas tu je la okey. korang pon paham2 yo lah.

aku da habis exam since 12th haritu lagi. memang niat tu ade nak mengupdate belog. tapi ape kan daye. memang kering kontang idea ni ha. sekontang purse aku yang takde duit. wuwuwu. sedeyh weh. cuti cuti takde duit. nak kelua pon rase koosong jek. T___T

dah lah ombak rindu terlepas. nak kelua macam takde mood. tapi rase macam nak je. last last, aku decide untuk memenuhi mase cuti ngan membongkang kat atas katil.*buruk kan perangai anak dare.hehe*

as some of u yang bace entri aku yang sebelom ni mesti tau yang aku ade problem kan. biase lah hidup. ibarat bola yang kene sepak kat padang tu ha. bergolek kesane kesini. macam tu jugak hidup ni. tak lepas dari problem. sebenanye problem ni bukan bende burok. takde problem sunyi lah hidup. bahagieee jek. ye dak??



time ade problem ni lah. rase cam perlu kan bahu someone untuk menangis. perlu kan pelukan someone untuk tenang. hape lagi. nak peluk mak, takut mak cakap "haaa. ni takde lain dah ni. prob ngan boypren lettuw". nak peluk ayah. segan. last last pegi peluk adek aku yang tau gelak aje.. takpe lah. sekurang nye ade gak someone yang aku boleh peluk. ^___^



now tengah bizi mengato reunion ex-matrik yang aku pernah inform sikit kat korang aritu kan. ramai jugak yang tak nak join. tapi nak buat lagu mana.. takkan nak paksa depa kan. suke hati lah. kome dah beso. aku dah buat ape yang aku termampu. my job, i will be finish it to the last.

feeling kat tepi pantai camni mase reunion nnt best gak. ye dak?? *berangan*=P

sori lah kalau lepas entry neh aku lame pulak nak mengupdate yang baru. aku rase idea aku neh ikut kekontangan kewangan aku jugak kot. lau kontang duit, idea pon nyibok nak kontang same. nasib lah kau belog. T___T

Thursday 8 December 2011

stress, depressed.

assalamualaikum.

malas nak wat alu aluan, ucapan panjang panjang. sebab sekarang tersangat stress sampai study pon tak bape nak masok. da la final exam LAW isnin depan. ya Allah!! tolong lah tenang kan hati hambu Mu ni...

cite nye sume berpunca dari pasal yang aku cari sendiri. aku luke kan someone just because aku nak bagi peluang kat hubungan lame. yes, im do it all because of my heart said so. mase nak amik keputusan ni. dah agak dah. mesti rase besalah akan menghantui aku. aku tau akan luke kan die. orang yang terlalu baik untuk aku luke kan. tapi sampai bile aku nak tipu diri yang aku dah lupe kan yang lepas.? makin lame kami besame, mungkin akan semakin luke kan die.


tapi dalam rase besalah tu jugak ade rase takut yang aku da buat keputusan yang salah. aku takut akan terluke lagi one day. tapi mase aku amik keputusan ni. bagi aku ni last chance for us. so if he dont need me anymore, dan kalau hati aku terluke lagi. takpe lah. its the last. lepas ni, aku akan betol betol lupe kan die. that is my promise to my self. korang saksi nye okey.

to someone yang dah diluke kan, maaf kan saye. da buat awk terluke, menangis, kecewa kan awk. maaf sangat. its not u not perfect enough for me. but my heart cant give the love for u. im care about u. if i could. i wouldnt  make u sad. im sorry. for all ive done. sorry.


thanks for all the love, care, happiness that u bring to my life. thanks. u are such a nice guy. i know u will make it without me. sorry for just being a little while with u. im trying to give all my heart for u. but i cant. sorry again.

but im always here for being your friends, anytime if u need me. trust me.



disclosure: ni memang entry personal and emosional. so kalau korang nak muntah or muak bace. korang ley tekan x kat atas browser tu. aku memang tengah emo skit sekarang. so kalau aku nye entry lepas ni ade emo-demo skit. harap faham lah okey. thanks for memahami. appreciate it. ^__^

Tuesday 6 December 2011

# wordless wednesday.


assalamualaikum..














sebab kenape aku tak suke tulis tips kat belog??

assalamualaikum.

aku cakap terang ngan jelas, aku bukan jenis yang blogwalking sambil tersengeh. maksud aku, aku jenis yang tak berape suke blogwalking. bukan nak sombong. tapi aku memang gini. dan satu lagi faktor nye line tenet rumah aku sememang nye lembab mengalah kan siput pig. biase lah. pengguna berokbeng(broadband) tegar cam aku nih kadang2 over limit pakai. lantak lah kan.use the resource to the fullest gittuw. baru la tak rugi bayar bulan bulan. ^__^

tapi aku sekarang bukan nak cakap pasal blogwalking ke, berokbeng ke. no no no. tapi just nak cakap ramai yang suke tulis that and this tips for something for their entry. tips putus cinta lah, tips pikat orang lah, tips terjun bangunan kasi mati *eh ade ke??*  lah. macam macam tips lagi lah ade. which is good.

and something yang majoriti people do. minoriti suke ikot kan.*which is me include also* tapi kenape kat belog ni takde tips for something pon??? haaa!! that thing lah yang i wanna talk about with u all sekalang. hee.

orang yang nak tulis tips ni mesti lah die dah praktikkan tips yang die nak bagi orang tu kan.?? lau tak cane die nak tau yang tips tu will work like something they said. kan?? and that is my problem. selame aku hidup ni. tak pernah ade peraturan tetap pon lam hidup aku. kecuali peraturan agama. tu pon ade eksiden sikit kadang kadang, and peraturan sekolah. alhamdulillah setakat ni aku tak pernah lagi di cop sebagai pelajar bermasalah kat sekolah.* okey maybe im a bit nerdy mase sekolah dulu. have fun for u to hear that.*

then, nak bagi tips kat orang macam mane lau aku sendiri pon perlu kan tips untuk hidup atas dunia ni?? tunggang langgang hidup. mengadap jugak kegagalan. and i feel im still in gagal stage sekarang. T___T



nak tulis tips cinta untuk korang?? aku sendiri pon da bape kali gagal bercinta. nak motivate diri sendiri dari tak terjun bangunan tu boleh lah. tapi lau nak halang korang dari terjun bangunan rase nye lepas aku habis cakap je, teros korang arwah.

bukan semua orang ade bakat bagi tips, nasihat ngan leteran ni tau. orang yang ley bagi orang lain tips ni memang aku respect lah. sebab orang istimewa je yang reti bagi tips kat orang lain. sebab tu aku respek gile ah kat orang yang pilih profesion guru or yang kite panggil cikgu. bukan senang tau nak tukar kan knowledge yang ade dalam otak kite ni pade sesuatu yang orang lain akan paham. sebab tu lah ade cikgu yang best n ade yang tak bape nak best. sebab not all human have that specialized.

lau nak bagi tips mengena ngan kecantikan pulak. huhh!! padan kowang muncung kan bibir bawah ajeee lah. dah lah aku ni tak cantik. nak bagi tips cantik?? memang lau jual kosmetik takde nye orang nak beli. jauh yang amat. ye dak? ^__^

lau aku cantik gini memang aku bagi kowang tips. tapi aku sendiri pon rase aku mengalah kan kak limah nye muke aje. eheh.


yang aku tau kite ade bakat bagi tips dan leteran bile kite dah jadi seorang ibu. memang keluar lah bakat terpendam selame berpuluh, berbelas tahun tu. hehe. maklum lah, nak anak jadi orang, beleter tu perlu.kan?? *asal aku rase cam mak mak je??*  betol tak makcik??

pape hal pon bagi aku mativator terbaik adelah diri sendiri dan pemberi tips terbaik adelah pengalaman. sebab setiap orang tu kan pengalaman berbeza beza. that why lah aku lebih refer give my self tips first. rather than give to others. but one day aku tak tau lah kan. lau aku rase macam ade hati nak tulis tips kat korang. kite tengok je lah ape jadi nanti. kbai.





Monday 5 December 2011

this deep in my heart.

deep in my heart.

i had a dream to have a perfect lover, that have everything, and can give me everything i want. but its happen when i was little. when i dont even know what loves is, what its all about.



but now. i am still have a dream love story, a dream to have not a perfect love. but almost perfect n just perfect for two of us. perfect in our eyes. its okay not perfect for others, but in our worlds of love. its just two of us living there happy being with each other.




i want he love me as me. not a girl that he create in his mind and a girl that he want me to be. 
i just want him to always be with me. to share my happiness and sober that happen in my life.
that not shy to show his love to me. and knows how to express his feeling towards me.
that not dare to hurts me and cant bare looking my eyes filled with tears.




me might be have fallen in love. but always with a wrong one. always with someone who dont even know to keep that love properly. till im scared. not to love. but scared to trust in love. its hurts instead. when someone says they will never hurt us. but it happen over and over again. sometimes its funny to hear that tough.

yes, when we bring all the history back to the new relationship. its may hurt the feeling of the new him.
but what if it happen all over again?? what if the new one make the old scares bleed again??



sorry lah ter-emo lak memalam neh. ni lah name nye meroyan merindu. habis omputeh aku hentam kromo. ntah betol ke idak aku pon tak tau. muahaha.


hesh ape jadah nye aku tulis entry sambil dengar lagu ziana zain kat suria cinta neh. sadis sadis. nak nanges pulok. sebelom banjir bilik aku baik aku pegi tido cepat cepat. kbai.





life summary

assalamualaikum..

hey yaa.. fuhh!! lega rase bile dah lepas satu subjek.. tapi lagi satu menunggu seminggu lagi.. lepas debaran nak ngadap exam.. debaran nak terima keputusan pulak.. kalah budak SPM aku ni ha.. T___T

da lame kite tak story story kan.. rindu tak?? *k fine tak rindu*

life aku sekarang nak kate tunggang langgang tu takde lah sangat. tapi obviously memang sepanjang mase bertunggang tonggek pon aku nye life neh. tapi redah je la kan. redha dan bersyukur ngan ape yang kite ade. insyaallah akan ade lah bende baik yang timbul nanti.. ^___^

haaa!! aritu aku nye duapupu (anak kepade sepupu mak aku) kawen.. terkilan gile tak sempat nak tengok deorang besanding.. da lah balik nak turun bukit yang macam style jungle tracking toh ley pulak kaki aku terpeleot taukk. malu nye tuhan je lah yang tau. nasib baik  takde orang nampak. lain kali nak pegi umah orang kawen kene siasat dulu macam mane kawasan umah die. lau bebukit bukau jangan cari mati pakai kasut tinggi ke, cheesy wedges ke. jangan jangan. lau boleh steady memang nampak macho. tapi!! lau jatuh. memang burok beno tau ngan kasut tu. pakai selipar jamban aje. senang. menyesal sampai sekarang tak hilang.

tapi yang aku suke nye pegi kenduri kawen sedare mare neh. ley jumpe duepupu, tigapupu, n kupukupu yang da lame tak jumpe. ade yang mase kecik dulu je jumpe. boley jumpe bile pegi kenduri. dah hensem n cantik semua nye. tapi sayang. semua pemalu. pandang dari jauh ajee lah.

owh ade cite lagi!!

sekarang ni tengah bizi buat budget untuk reunion kawan2 matrik dulu. rindu funye fasal ente pon voluntari la ator kan bende alah ni. alhamdulillah semua bejalan lancar lagi setakat ni. tempat da ade.*lokasi rahsia.eceh cam korang nak cari aku je ye nak rahsia2. bajet retis lettuw. takde lahh. nanti aku gitau la korang kat mane.
just the time is not right. sabo yer lingling. ^__^ * tarikh je belom sependapat lagi. ade yang tak available mase tarikh tu lah. n ade jugak yang fb nye akaun tak aktif lah. acane?? takpe lah. sayang punye pasal. eden ikut aje. asal semua ade.

okey lah. len ari lak eh kite story story.

nah gamba cupcake untuk korang yang rindu kat aku. sorry lame tak update. lau nak yang batol. aku saran kan ke kedai sekarang. jangan lupe untuk aku satu. kbai.

sebenanye aku nak kasi impact besa skit. bagi nmpk real. tapi maap la. tak nmpk cute pulak. haha.







Wednesday 30 November 2011

see u again peps!!

assalamualaikum..

ya Allah!! syukur nye. da berminggu2 tak boleh update belog akhir nye dapat update jugak. *tapi lepas tukar interface baru. ceyt. nak suruh aku tukar secare pakse rela lettuw. nakal sunggoh awak yer..

eh korang ape khabar.?? sihat?? alhamdulillah lah lau sihat yek. aku ni tengah cuak nak mengadap final exam minggu depan neh. harap2 okey je semua.*study idok. harapan je la yang menggunung. T___T

banyak bende nak update tapi terbantut sebab belog yang meroyan sebentar. tapi belog da ok. insyaallah aku akan update nanti semua nye ye. tapi after exam lah. sekarang just nak lepas rindu kat korang jek. ^__^

eh arini ombak rindu start screening kan?? sedih lah. tak leh p tengok lagi. masih dlm perintah berkurung. kene study.. sobs.

Friday 11 November 2011

ordinary days with a bad sinus.

assalamualaikum..

selamat menyambut bermacam peristiwa yer pade tarikh 11.11.11 neh. selamat selamat (*sambil tunduk tunduk) tarikh spesel neh owg bz cari bende penting yang ley bg tande pade tarikh neh. aku plak dok rumah seharian berdating dengan lappy kesayangan sambil nonton korea. heshh. da lame da tak terjebak ke kancah k-pop neh. tapi nak wat cane kan. asal nak exam jek. setan k-pop pon menghasut aku soh aku tgk. (*alasan tak ley blah. tampo kang). yang lagi tragis nye. aku nye sinus gile terok arini. bersin tak henti kowt dari pagi. ceyyt. siut jek. biase lah. orang degil takmo makan ubat. padan lah muke. sobs. T____T



tapi aku kalah jugak arini. kalah ngan sinus neh. at last makan jugak ubat. sebab hidung da rase cam nak luruh dah. da la ubat tu beso gajah (*tipu ). takut aku nak makan. ^__^

aku tengok kat tb(bace:tv) ramai beno orang kawen rini yek. heshh. rugi rugi. nape lah aku tak kawen rini. (*gatal) sape nak kawen ngan aku rini(11.11.11).?? eh dah kol bape dah. mane sempat. tak jadik lah. heee.


sempena tarikh cantik neh. aku nak bg bunge ros kat ats neh kat korang. nak yang real?? beli lah sendiri kat kedai bunge. hikhik. 

okey lah. da habis dah mengarut mengambang kat lam belog neh. nak tido. topup balik tido kol 3 pagi semalam tgk korea. korang pon jangan tido lewat yerk. lov u. nitess all. cweet dream.

Wednesday 9 November 2011

terfaktab oh terfaktab.

assalamualaikum.

apekejadah nye tajuk cam nak buat puisi aje. haha.
selamat pagi semua. eh pagi lagi ke?? jap tgk jam.
owh 10 min lagi nak ke tgh hari. kantoi aku bgn lewat.
burok perangai anak dare. hikhik.

bukak je dashbord tgk terfaktab nak bagi kitab terfaktab free. eshh. FOC tu beb. mane ley lepas. da la sekarang tgh kering. so rezki jangan tolak. bale jangan cari. but, consideration nye kene tulis satu entry pasal terfaktab. okey lah tu. plus, first time kot aku join bende2 gini. bile lagi. ye dak??



owh anyway:
SELAMAT SAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA BUAT TERFAKTAB

moga lebih banyak inspirasi cinta yang korang akan tulis, so kite orang pon akan makin cinta lah pade terfaktab. heee. ^___^

aku start bace terfaktab neh nak kate lame tu idak lah. nak kate sekajap pon rase nye lame jugak. (* eh ape ayat keling aku bagi neh?? ) tapi aku respect lah terfaktab. tertubuh dengan konsep pelbagai otak dan idea yang terkumpul dari penulis yang best2. so jadi lah tulisan yang power. tak yah minum tongkat ali dah. penulis paling febret aku adelah L*****. tak yah kasi name penuh pon ley agak da sape yang start dari hurup L kan. nape die feberet aku??sebab tulisan die cool. aku suke bace bile tengah bosan, sentap, n lau aku cari bende nak gelak. senario kat tv uh dah tak bagi kesan pade aku dah. entah lah ngape. sobs. T___T

okey, dah takdop idea nak nulis panjang2 sal terfaktab. puji pon dah, ucap selamat pon dah, cite sal penulis feberet pon dah. pade semua penulis terfaktab. time kasih dah membanting otak buat entry untuk kite owg bace. kacih kacih (*sambil tunduk tunduk). 

lau nak roger eden ley p kat fb den kat sini

tengah nulis neh asyik mikir pasal exam yg lagi sebulan. mane neh semangat study tak datang2. mari lah semangat oi. aku seru name mu. ^___^

pempuan pangkat tinggi, lelaki pangkat rendah. ad problem ke??

assalamualaikum.

tajuk atas tuh rase nye da ramai yang buat entry pasal pempuan lebih dari laki, pempuan pangkat lagi tinggi, pempuan bos laki pekerje bawahan, macam macam lah. just yang takde orang pertikai nye, pempuan lebih tinggi dari lelaki dari segi inci. sebab nye cite rase terletak pade diri masing masing and paling penting orang tua cakap laki rendah dari pempuan murah rezki. jeng jeng jeng. hikhik.

tapi even dah ramai pon. tapi i have to do this entry also. sebab someone ask me to do this entry. plus aku tak hengat sape ntah yang pernah buat entry neh. and paling paling penting aku malas nak pegi cari kat blog mane yang buat entry pasal neh. tetttt.



ade problem ke lau satu pasangan toh bini pangkat nye lagi tinggi dari laki dye??

ekceli everything yang berlaku kat atas dunia neh ade pro and contra nye tersendiri. takde ape kat atas dunia ni molek je sokmo. awan terang pon ade hujan ribut nye. tapi lepas hujan tuh kelua lak pelangi. ye dak??

makne nye keburukan dan kebaikan yang berlaku kat sesuatu perkare tu ad hikmah yang allah da tetap sejak azali lagi. okey memang this entry is just about pandangan aku sendiri pade bende alah tuh. pade aku not a big deal pon lau pempuan tu lagi tinggi pangkat nye dari lelaki. TAPI, bergantung lah pade seseorang toh die pandang perkare ni macam mane kan.

perempuan, walau setinggi mane pon pangkat nye kat tempat keje. dia tetap isteri yang ade tanggungjawab nye pade laki and anak2. 

lelaki, walau serandah mane pon pangkat die kat tempat keje. die tetap ketua dan pemimpin pade isteri ngan anak2 die.

tak berubah lansung pon bende tuh. yang masalah nye sekarang personaliti atau watak pempuan ngan laki toh.  kalau pempuan tu ley terima laki die macam tu, pempuan tu ley hormat laki die tanpe pandang pangkat yang die pegang kat tempat keje masing2, pempuan tu tak merungut tentang ape yang laki die mampu sedia kan. okey cukup lah. rase nye takde masalah pon.

tapi pempuan ni kekadang ade perangai burok nye. jadi pandai pandai lah korang(lelaki) mendidik bini tu jadi bini solehah.



ade jugak setangah lelaki yang rase rendah diri pade isteri nye. pade hal isteri takde pape hal. so bile situasi neh jadi. harap2 isteri jangan lah kuat mengungkit sangat. korang yang pilih jalan tu kan. korang kene lah sabar. bantu laki untuk cari mutu, kualiti and nilai pade diri deorang. tapi jangan sampai deorang tertekan. kang lari laki ko tu. ko jugak yang nanges tendang dinding nanti. ^___^

maybe issue neh akan jadi masalah pade pempuan yang bermate duit. n aku akui memang payah dan susah nak cari pempuan yang jujur and ley terima lelaki tu lau laki tu penanam anggur terhormat.

tengok tu aku cakap penanam anggur terhormat kan. sori sesiape yang terase. tak perli sesiape.

so as long as u have job, maksud aku yang halal. insyaallah. bende ni takde masalah. korang da usaha kan. so lau itu sahaje kemampuan nye. aku rase pempuan lebeh hargai nye.

aku memang tak akan senarai kan kebaikan n keburukan bende alah neh. sebab sekarang aku bukan jawab exam owkay!! so bile korang bace ape yang aku nulis neh. memandai lah korang pikey ape baik burok nye bende neh. korang pon dah cukup beso untuk menilai kan.

ni je lah pendapat aku yang dapat aku ulas sekarang. dah tak tau nak ulas lebih lebih dah. lagi pon aku blom kawen lagi. aku tak tau keperitan and nikmat sebuah rumah tangge tu lagi. pendapat aku bagi pihak orang yang tak berkeluarge lagi. tapi mungkin orang yang da jadi isteri n ibu lain pendapat nye. bergantung pade individu kan aku cakap tadi.

so lau korang ade pendapat tersendiri, comment lah kat bawah. jangan malu2. buat macam belog sendiri eh. mekacih sebab bace entry neh. ^__^

Tuesday 8 November 2011

# wordless wednesday.

assalamualaikum.


nak cantek, comel, cute, gojes ??
be positive,
ignores people that make u sad,
throw away all the bad feelings,
be happy,
put a smile on ur face,
u will look prettier.
^___^

rentetan raye haji.

assalamualaikum.

fuhh. penat nyoo lah. kelas revision seharian harini. tapi takpe lah minggu neh aku da takde kelas dah. so kene memandai lah study sendirik. exam nak dekat da. study lah sangat kan. selalu nye leka je. buat keje laghaa je. lagi2 online. T___T

haa. nak kongsi gamba raye haji kite je petang neh sebenanye. penat nak nulis panjang2. otak da krem dah seharian lam kelas law. dah lah hidung neh tak sembuh sembuh lagi. heshh.

pagi raye haji tuh my mom masak nasi minyak sikit and satay with nasi himpit. aku da bg tau korang kan kat entry neh aku besiap kol bape. hikhik.

then lepas siap sume, tunggu sedare mare datang. mase raye je ley bekumpul sedare mare ni ha. lau tak raye kelibat pon tak nampak. biase lah sume ade hal masing-masing kan. so nak wat lagu mana. ye dak??

adek aku tak hbs2 nak jadi model ketupat. hadey. 




then malam tu kite orang pegi jejalan kat umah maklong aku kat salak selatan. banyak gak kuih nye. sedap sedap kuih tu. yela orang hidung tesumbat yang hilang deria rase neh ley cakap sedap. ni kan pulak lau sehat lagi aku melantak satu balang tu hbs kowt. muahaha.



maap lah blur skit. hee.

taraaaa. dah habis dah gambo. cakap sikit kan. so bagi sikit lah. kang nanti korang cakap propa lak. malas nak ngup-load banyak banyak. ponek dah. hee. ^___^ 

thanks for reading this entry. sayang u laaahh. hikhik.


Monday 7 November 2011

ber-dating with sisters.

assalamualaikum.

past saturday aritu aku, my litle sis, and two of my cousins went lepak at the curve. ekceli xde la lepak mane pon. just bawak adek aku, n kazen2 yang dtg dari tengganu bejalan2. dok rumah bosan jugak. ye dak??

sampai2 je teros serbu mcd sebab lapo gile. tak sarapan lagi la kate kan. plus memang da janji ngan adek aku nak bawak die makan mcd. and her intention went mcd just nak dapat menan dari happy meal. and she gets the yellow girl bird. cute. tapi aku tak dapat tangkap ape kejadah fungsi menan ni ha. just ley gerak leher je. tu pon bile gerak2 kan. adek aku pon dah nek bosan ngan burung tuh. baru 2 hari main. heshh. gambar unprovided. ^__^

cousins.


then we want to F.O.S. for me just buying a pair of flat n a t-shirt. flat tu kaler pink and ade reben polkadot kat depan. comey. so aku beli lah. tapi bile aku pkai xde la nmpak cute pon. sbb memang tak cute pon. T__T


and after we perform zohor prayer, adek aku merengek nak main moto gerak gerak. da lame dah die nak main mende alah tu. tapi ayah aku lansung tak layan. haha. ayah aku memang tak layan mende2 gitu ha. sume mende nak expres. pegi shopping, beli barang then teros balik. memang takde peluang lah nak men mende2 gitu. tapi aku layan gak lah. biase lah budak budak. tunggu la situ. tekejor sane sini. ikut die men moto tu ha.


si cenonet yang kesukaan nek moto.


then habis je men mende alah tu mintak puzzle lak. beli lah si kakak neh. tapi balik balik bukan die yang men. aku ngan kazen aku jugak yang tukang susun untuk die. T___T

ingat nak tengok wayang. tapi si cenonet tu merengek lak nak balik sebab letih agak nye. biaselah budak2 kan. okey lah. kite orang pon balik. kang ke die mengamuk nak tido kat situ tak ke naye lak aku nak memujuk.

balik jek semua letih gile. tebongkang semua kat atas katil. but we have a great day last saturday. even tak dapat tengok wayang.  ^___^

Sunday 6 November 2011

aidil adha celebration.

assalamualaikum.

pagi2 orang solat hari raye aku meupdate belog lam keadaan yang belom besiap untuk beraye. serius malas nak pegi mandi sunat hari raye. bapak nye burok perangai anak dare. hikhik. (*jangan ketawe gitu boleh.? tampo kang)

tadi bangun tolong mak sapu2 rumah and ape yang patut ditolong. pastu nek atas ingat nak mandi. golek2 atas katil jap. tengok lappy. teringat belog. so just nak cakap kat korang>>>

SELAMAT POTONG LOMBU, AND SELAMAT MAKAN LOMBU.


pakcik ngan makcik yang ade darah tinggi cepat2 lah wat appointment ngan doktor. kang nnt panjang lak beratur nye nak masuk sepital. makan ingat2. jangan ingat sedap aje. kang naye nnt sume bekumpul lam wad.

yang tukang masak pulak. jangan lah nak letak kolesterol banyak sangat lam masakan tu. kurangkan minyak, garam, gula and paling penting cube elak kan santan tu ha. kan bagus tu. kite sehat keluarge bahagia.(* ececeh. cam eklan jabatan kesihatan lak yerk.) ^__^

okey lah nak poi mandi. nak beraye kate adek aku. sowi lah lau entry nih bebau skit. almaklum lah. tuan nye yang nolis lom mandi lagi. hehe. jangan mara. ^___^

Thursday 3 November 2011

remember..

assalamualaikum..


" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu? "


so.. if one day someone is leaving u.. it must be a good reason for that.. 
love allah n ur self first.. then only.. the true love will come to u..


*pesanan buat diri ini yang selalu lupe. ^___^

its HIM.

assalamualaikum..


so never say that u are alone.. bcoz he always beside u..
with lov
sue

just a quote for u..

assalamualaikum..

the happiest thing in our life is when we make a smile to someone face..
with lov
sue